Tuesday, February 14, 2012

Bila Harus Memilih


Assalamualaikum.


" Bila coklat st bernard yg sedap itu berjaya memikat deria rasa, pemakan coklat seakan lupa akan coklat crunchy yang menjadi kegemarannya. Lalu entah bagaimana, coklat crunchy buat promosi hebat, lalu pemakan coklat ingat kembali akan coklat feveretnya. Dan dia membeli coklat tu,"


Dalam hidup ini, kita berhadapan dengan pelbagai persoalan pilihan. Nak makan coklat pun memilih. Even nak bangun pagi pun, melibatkan pilihan. Sama ada mahu bangun tidur, atau nak terus tidur. Masa nak pakai baju, pun melibatkan pilihan, nak pakai seluar jeans atau seluar slack. Dan memang kehidupan seharian kita memang penuh lah dengan pilihan. Tapi pilihan-pilihan itu takde lah kritikal sangat pun kan.





Nah, bagaimana pula dengan pilihan-pilihan yang kritikal? Pilihan jodoh? Ceh, suka aje kan cakap pasal jodoh. Hee. Facial artery aku dah dilate dah. (aku rasa angah aku je faham, lolss) Semacam ada hikmah je.



Oh bangun pagi tadi, ditanya junior pasal pilihan IUMC atau UK. Or Ireland or UK. Aku tak tahu kenapa ada orang yang sangat mengagungkan uni UK padahal kualiti medic Ireland and UK sama je. So, lepas consult itu, consult ini, tipah tetiba consult cakap tarbiyah di Ireland ini bagus. Aku terlupa gila nak mention pasal tarbiyah sebab aku pun sama sekali hanyut dalam mengagungkan uni UK.



Tarbiyah? Penting ke bro? Asal guwe solat cukup, tak buat benda haram, nak tarbiyah pemenda lah? Yokyo oh je lah akak ni.



Apa maksud tarbiyah ni?


"Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan. Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi."



This blog aku rasa explain better pasal tarbiyah :
http://aslamarif.blogspot.com/2009/06/apa-itu-tarbiyah.html



So, aku sebagai orang yang masih kekurangan ilmu dalam hal ehwal menjadi penganut Islam sebenar-benarnya Islam, tarbiyah ini penting dalam mengimprovekan diri dalam semua aspek, bukan sekadar berusrah, usrah, usrah semata, tetapi, tarbiyah mengajar untuk menjadikan Islam as the way of life dan bukan bersikap sekular.



Sekular apa pulak bro? Yang aku faham sekular ni macam separate kan agama and aktiviti kehidupan lah. Further understanding, sila pergi carik sendiri.



Okey, panjang lebar gila lah aku. Aku cuma nak cakap, bila berhadapan persoalan pilihan, buat solat istikharah (tapi tak semestinya bila ditimpa pilihan, baru nak buat istikharah) and berdoalah agar pilihan itu mendekatkan kita kepada Allah s.w.t. Moga-moga Allah mengurniakan sinar hidayah itu kepada kita. Alaa, takkan tak ingat kot tajuk dalam pendidikan Islam, "hidayah itu milik Allah". Sebagai hamba, wajib lah kita meminta and mencarinya, and bukan nak tunggu saja.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah al-Baqarah: 216


So, kesimpulannya, sentiasa jangan lupa, dalam apa jua pilihan yang kita buat, kalau korang yang sibuk nak kawen ni, moga jodoh korang itu mendekatkan korang kepada Allah. Bukan nak bercinta saja, leka entah ke mana-mana.


Sekian, wassalam.


ps: aku terjumpa ayat best masa baca artikel cintan-cinton kat iluvislam, ''i love u thats why i need u'' & ''i need u thats why i love u'' have different meanings. The second phrase is expressed by  a good muslimah. :)

2 comments:

Khairatun Hisan said...

Go ain go! hehe :p

Hur Ain said...

Kalau cakap soal tarbiyah,kite rase sume tempat bagus, cumenye the one yang terima tarbiyah tu yang kena make full use of it :)
just my 2 cents. (^_^)