Friday, January 6, 2012

Ya, Saya Memang Budak Mentah Politik


Assalamualaikum.


(entry berbaur politik, err agak agak boleh kena AUKU ker ni?)


901. Aku mula mula blur jugak lah, apa 901 901 ni. Rupanya tarikh perbicaraan DSAI. DSAI tu apa? Kot-kot lah ada yang tak tahu, meh la aku bagitahu. DSAI stands for Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sejak bila tahu pasal DSAI ni waktu yang dia kena tangkap atas alasan apa aku tak sure. Plus, aku taknak percaya bulat-bulat sebab aku tak nampak apa benda yang dia buat. Yang aku ingat masa tu, ayah aku bawak kitorang pergi damansara rumah DSAI. Jalan memang sesak gila and memang ramai gila lah orang kat kawasan perumahan dia masa tu. Almost semua sanggup parking kereta punya lah jauh semata-mata nak pergi rumah dia eventho bukan dapat masuk dalam rumah dia tapi to show support kepada family dia.


Dan masih juga terbayang berita berita di tv pastu kalau tak salah ingatan aku, ada satu iklan yang kononnya isteri DSAI macam berkata dia tak menyokong suaminya tapi iklan tu sumpah macam tipu gila. Macam alih suara, faham tak? Ok mungkin aku salah, tapi aku rasa aku tak bermimpi masa tu. And as a budak-budak tengok iklan alih suara macam tu, aku terfikir siapa lah yang kurang akal sangat buat iklan tu. Kurang bijak sungguhhh.


Zaman sekolah rendah dulu jugak, aku baca buku kartun Zunar yang pasti membuatkan ada insan-insan di Malaysia yang akan terasa. Aku ada jugak selak-selak buku SHIT karya Shahnon Ahmad. Cupp buku tu diharamkan sebab apa entah, sebab ada word lucah? Duhh malaysia punya drama banyak adegan lucah taknak haramkan pulak. Sengal! Tak ingat exactly cerita dalam SHIT macamana tapi mengetengahkan unsur ke-sengal-an pemimpin-pemimpin dan orang-orang besar dalam sebuah institusi pemerintahan. Aku tak sure lah sama ada dalam buku tu atau ada buku lain yang tunjuk gambar DSAI semasa dalam penjara.


Aku jugak dulu, ayah selalu bawak pergi ceramah PAS. Seronok sebab ada pasar malam. Beli sagun, makan sambil dengar ceramah and then end up dengan tidur. So, kiranya aku nak cakap, aku memang since zaman kanak-kanak aku ada perpekstif yang tak cenderung kepada pihak lagi satu. Sebaliknya cenderung kepada pihak lagi satu.


Aku takde bukti untuk kata DSAI bersalah dan tiada bukti juga untuk kata pemimpin lagi satu tu salah. Tapi aku mengambil perpekstif, aku tak suka pemerintahan yang ada sekarang yang mainly menteri menteri dikuasai oleh parti yang nak mempertahankan kuasa sampai ke anak cucu cicit diorang. Aku juga tak punya bukti jelas untuk membuktikan menteri salah, cukuplah kita sendiri nampak dengan situasi malaysia dengan mata kepala sendiri.


Jujurnya, aku makin menyampah bila parti yang mempertahankan kuasa dengan gilanya banyak retorik, banyak nak memburukkan orang, banyak pengaruh media eletronik mahupun cetak, yang sekarang ni pun aku musykil dengan kesahihah berita yang disalurkan. Kau terus memburukkan orang, and orang akan terus benci kau yakni orang yang memburukkan orang kalau kau taknak berubah.


Pembangkang memang kerjanya membangkang, memang kerjanya mengkritik, so apa ada hal? Dah kau orang pun gelarkan dia pembangkang kan? Macam dalam debat, ada pihak penyokong and pihak pembangkang. Adat lah tu. Penyokong boleh menang dalam pertandingan, pembangkang juga boleh menang, kalau ada caranya. Yang masalahnya kalau ada pihak rasuah pengadil and yang guna cara tipu, itu memang sengal lah kan. Lagi satu point, masa pertandingan debat, penyokong mempertahankan hujah, bukan memburukkan orang lain lah brooo! Booo.


Malaysia needs new charismatic leaders. Bukan leader yang gila kuasa, kita mahukan leader yang sentiasa nak improvekan country, bukan improvekan pocket money dia seorang. Dan yang pasti leader yang ada cita-cita nak implement pemerintahan Islam.


Nak share satu hadis.

Daripada An-Nu’man bin Basyir, berkata;

Suatu hari kami duduk di dalam masjid Rasulullah SAW. Basyir bin Saad adalah seorang yang tidak banyak bercakap, lalu datang Abu Tsa’labah dan berkata,

Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah SAW tentang kepimpinan (al-umara’)?

Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah baginda SAW. Lantas Abu tsa’labah al Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, 

Rasulullah SAW bersabda :

“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika DIA mahu mengangkatnya.

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian selama mana ia dikehendaki ALlah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian akan datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aidhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

Kemudian akan hadir pula zaman khilafah di atas manhaj kenabian…”


Fikir sendiri lah kita di mana dan ke mana harus kita tuju. 


Apa jua 901, Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Sebab tiada keadilan yang dapat menandingi keAdilan Allah s.w.t.

Sekian, luahan hati seorang remaja mentah. Kalau ada part part yang salah, sila bagitahu. Kalau ada yang nak marah, marahlah. Hanya yang tak matang sahaja marah selepas membaca entry budak mentah. Bye. And chillaxxx and wassalam.

2 comments:

Gua said...

senang citer politik ni kotor. sorry to said, tapi mana-mana parti pun bukan betul sangat. ada agenda tersendiri. kita ni alat je sebenarnya. err, ter'emo pulak. hehe

Amierah Nabillah said...

haha setuju :)