Wednesday, January 25, 2012

Uhuk Uhuk


Assalamualaikum.


Semalam, aku rasa macam errr, macam errr tak tahu nak describe macamana lepas baca artikel kat iluvislam yang pasal "pinanglah daku kerana dakwah". Ayat yang aku quotekan kat bawah ni, dipetik dari artikel tersebut.


"Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini."


"Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat."


Erm. 


Artikel tu juga menjawab beberapa persoalan aku akhir-akhir ini, tapi ada juga persoalan yang masih tak berjawab seperti ... biarlah rahsia. Kurang sesuai. Siapa baca twitter aku, mungkin tahu lah kot pertanyaan aku tu.


Anyway, it is a looonnnggg looongggg way to go. Study lah! Berangan je kerjanya.


Oh tadi aku ada kelas clinical science lab a.k.a CSL. Kitorang buat ausculation and percussion. Aduhai, masalah betul. Orang yang jadi patient tu lelaki. Dah lah lelaki, hensem sangat pulak tu. Nervouss tau. LOLSS GEDIK SANGAT! Susah nak concentrate bila nak dengar breathing wave and nak tap tap kat badan.


Tapi tu lah, hensem macam mana pun, aku agak susah lah untuk tertarik. Aku nak serba biasa and serba serius. Okeylah, banyak mengarut.



Seblogpost Sepotong Ayat Quran




"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." Surah Ar Rum ayat 21


Sekian, wassalam.

1 comment:

Amierah Nabillah said...

haha :) menarik2 :P memang segan sangat2 sbnrnya masa nak perform the steps kat the guy. sabo jela