Monday, January 16, 2012

Terms & Regulations


Assalamualaikum.


(second trial of using ana instead of aku. hehe)


Ini cerita sedih. Semalam ana book lah online ticket emirates yang ada promotion 667 euro tu. Ana takde credit card. So, puaslah ana bermanis mulut dengan kakak ana di malaysia. So, kakak ana pun izinkan. Dah selesai booking booking semua. Dah purchased dah pun.


Pastu bila anak check email and check e-ticket ana, ada tulis "AT CHECK-IN YOU MAY NEED TO PRESENT THE CREDIT CARD USED FOR… PAYMENT OF THIS TICKET". Sumpah masa tu, anak gabra gila. Tak tahu lah roomate ana perasan ke tak. Ke ana berjaya buat chill chill, padahal ana tengah stress pasal benda tu and dah lah esok tu which mean hari ni ana ada exam.


Masa tu macam ana harap ana sedang book ticket dalam mimpi je. Tapi sebab ana masih waras, ana tahu, "I have to face this no matter what,". Ceh, macam berat sangat je ujian ana ni. Lols.


Klik untuk tumbesaran.


Klik untuk tumbesaran.



So, mula-mula ana email diorang lah tanya macam mana. Tapi tahu je la, kalau tanya through email memang slow gila lah reply nya. Tapi ana sabar je sampai lah ana selesai jawab exam Clinical Practise & Science pagi tadi. Ana rasa, okey je kot cuma ada jugak lah soalan yang ana macam tak tahu jawapannya tapi bantai je.


Dah selesai jawab exam dengan tenang and dah selesai kelas untuk hari ini, ana beranikan diri call emirates. Ceh, beranikan diri macam nak call bakal suami je. Haha. Ana tanya sekian-sekian, memang takde alternatif lain lah, sebab takkan lah kakak ana nak pos kad kredit dia kat ana pulak so that ana boleh naik flight.


Last-last, ana cakap dengan orang emirates, ana cancel booking and minta refund balik. So, dear kakak ana Asiah, I don't know how long it will take for the refund to be credited back to your card. Tapi ada penalti lah, 150 eurooooo. Tahukan anda dengan 150 euro, ana boleh beli 10 helai blouse dekat jusco?


Tapi nak buat macam mana, dah Allah kata 150 euro tu bukan milik ana, bukan milik ana lah. Takkan ana nak pergi gila meroyan kat pejabat emirates suruh dia bagi full refund pulak. 


So, pengajaran yang ana dapat ialah, lain kali baca terms and regulation dulu. Ni tergesa-gesa, tak pasal-pasal je dah jadi macam ni. Sebab tak ikut terms and regulatiosn emirates, 150 euro ana kena denda. Tapi kalau tak ikut terms and regulation Allah? Neraka lah dapatnya kan?


Sekian, to kakak-kakak ana, jangan bagitahu mak and ayah, ana dah lah nak exam, taknak kena bebel. And inshaAllah bulan dua nanti, ana buat kad kredit ana sendiri. And ticket yang baru ana beli bulan Mac nanti. 


Alright lah. Antum semua takyah simpati okey. Hilang 150 euro, tak mati pun. Nak terkilan pun lagi tak guna. So, bersyukur je lah dengan rezeki yang Allah bagi setakat ni. 


Seblogpost, Sepotong Ayat Quran




"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi)." Surah An-Nur ayat 10


Kenapa nak susah hati, sedangkan Allah sentiasa ada untuk kita?


Sekian, wassalam.

7 comments:

tipah said...

Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.-17:11..
lesson to be learned ye bro, jgn tergesa2 dlm ape2 pn..=))

zahir said...

ak pon pernah book tiket n die suruh tunjuk kad kredit sume time nk nek flight dalam term n condition die.. tapi kat airport die tak mintak pon, janji ade passport.. kawan ak byk pinjam senior nye credit card, mcm ok je.. tak tau la airline yg ko book ni strict ke

Norain Ishak said...

zahir, aku just nak be secured je la.kang kalo nasib tak baik,dia tak bagi boarding plak kang, satu hal lak aku nak kena beli tiket lain.so, redha je la.

Hur Ain said...

couldn't agree more, sebenarnye duit yang ada dalam akaun kita sekarang ni pun hak Allah, satu sen pun bukan hak kita

Anyway,kite pun tak de credit card, but I have debit card, and that usually get the works done whenever a flight ticket need to be booked.Purposely ambik debit card sebab students are not recommended to use credit card dekat sana. Hopefully Allah mudakan urusan Ain :)

Amanina said...

study kat czech, takde chance nak beli tiket balik malaysia advance. huhu. settle exam baru beli

Norain Ishak said...

hmm ada jugak debit card, but cannot be use pulak. yupp, ada lah hikmahnya tu kot yang ain tak nampak. :)

Norain Ishak said...

hanis, haha.bila balik mesia?