Sunday, January 1, 2012

Super Annoying Dengan Statement Pelajar Tugasnya Hanya Belajar


Assalamualaikum.


Rasanya baru sekarang tergerak tangan untuk menaip pasal input yang aku dapat masa grand quranic circle before start cuti winter hari tu. Point tentang beza kita yang muslim dengan non-muslim. Aku tak pandai nak eleborate macam mana, so aku harap korang faham.


Contohnya macam ni, ada dua orang pelajar. Seorang pelajar muslim nama dia Siti and seorang pelajar non muslim nama dia Jane. Siti and Jane belajar di sebuah universiti terkemuka yakni di London or spesifiknya ni University College London a.k.a UCL. Siti and Jane dua-dua ambik course medic. Kiranya dua-dua ni bakal jadi doktor in the future. The question is, apa yang membezakan antara Jane and Siti ni? 


Renung, cuba renungkan termasuk aku sekali, apa yang membezakan korang dengan kawan korang yang bukan muslim selain dari akidah kita?


Aku dah tweet kat twitter, yang aku super annoying dengan statement pelajar tugasnya hanya belajar! Bagi aku, tugas pelajar Muslim atau anak muda Islam umumnya bukan terhad kena belajar je, tapi lebih dari itu. Korang pun sedia maklum, kita semua ni khalifah di atas muka bumi ini. Adakah dengan menghadap buku 24jam, korang rasa korang dah melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah menegakkan agama Allah di atas muka bumi ni? Fikir lah fikir.


Isu demo di UPSI, kalau tak tahu apa yang mereka perjuangkan, tolonglah jangan cemuh benda yang korang tak tahu. Isu AUKU yang aku masih kabur, aku tak mahu ulas sebab aku tak tahu, takkan nak merepek benda yang aku tak jelas. Pandangan aku mungkin ada khilafnya, tapi aku melihat apabila ada pelajar yang seakan cenderung ke arah parti bukan barisan nasional, mereka di-suppress. Mengapa begini? Mungkin itu yang membuatkan mahasiswa meminta pemansuhan AUKU.


Sekian, kepada pelajar Islam, aku menyeru diri aku dan diri korang juga, kita adalah pemuda pemudi Islam, apakah yang kita telah kita sumbangkan untuk agama kita? Menyumbang lah kepada agama Allah, itu yang membezakan kita dengan pelajar bukan muslim.


Wassalam.


ps : perlukan pencerahan agung mengenai isu demo and auku.

3 comments:

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

betul tu kak..ramai yang tak tahu..tapi main suka hati cakap je..kalau setakat tgok video 1 ke 2 kali kat youtube..lepas tu nak terus buat assumption..haisy..susah la macam tu..

AUKU tu akta uni and kolej uni..boleh google je baca kak..iAllah faham..

Hafizuddin said...

btul2....ak skong...
kalo nk tawu pasal prgerkan mhsiswa di malaysia ble la lawat gazebodaily.net

k adil said...

nnt kita borak jom!