Thursday, January 19, 2012

Ralat


Assalamualaikum.


Oh today aku still rasa ralat pasal hal cancel booking. Selagi refund is not credited back to my sister, then, aku akan terus diselebungi dengan perasaan ralat yang amat. Kita lebih faham dengan diri sendiri. not sure whether this is kind of ujian ke bala ke apa, but bila baca status Syabab Musafir Kasih dengan facebook, rasa lega sikit. Hope my sister is feeling that way to sebab adik dia dah menyusahkan dia in so many things.


**********


Soalan: Kenapa aku asyik kena bala je ni akhir2 ni? Nasib pun buruk2 je.

Jawapan: Ko jauh dari Tuhan. Ada ko bangun semayang malam? Tade kan? Ko cakap tak serupa bikin. Ko nasihat org, tapi ko tak buat. Ko nak menipu diri ko sendiri?


Soalan: Ahh cis! Bila aku buat pun, apesal aku tetap dapat macam2 ujian?!

Jawapan: Tu bukan ujian, tu kaffarah dosa-dosa ko. Tade manusia maksum dari dosa wlpn sebesar zarah. Jadi jika manusia diuji, tu sbnrnya nak melunturkan dosa-dosa. Bersyukurlah.


Soalan: Argh! Apakah ujian2 dan musibah2 ni baik utk aku?! Bukan ke memudaratkan aku je?!

Jawapan: Ko jangan jadi bodoh. Sebenarnya lebih baik Allah balas dosa-dosa yang ko penah buat tu dengan dibalas terus masa kat dunia lagi. Kalo dibalas kat akhirat, ko pasti tak tahan direndam dalam api neraka yg bahan bakarnya adalah dari batu dan manusia.


Soalan: Jadi buat apa aku minta diampunkan dosa-dosa gak kalau nak terus-terusan dibalas camni?!

Jawapan: Allah berkuasa segala. Dia Maha Pengampun, tapi Dia Juga Maha Menghukum. Kadang-kadang dosa-dosa kita diampunkan terus oleh Allah dengan amalan2 soleh, tapi kadang2 dosa-dosa kita diampunkan dengan menerima pembalasan-pembalasan. Janji ianya diampunkan. Ko siapa nak lawan Tuhan? Sedangkan Rasulullah SAW yg maksum pun berkata doa yg terbaik adalah doa minta diampunkan dosa malah Baginda sendiri bertaubat berpuluh kali sehari. Ko siapa nak angkuh sangat dengan Tuhan tanak minta maaf dengan Dia?! Dia nak balas ke, Dia nak ampun ke, kita tak layak nak persoalkan. Kerja kita mohon ampun dan taubat. Kerja dia menerima taubat dan memberi keampunan. Itupun dinilai pula pada keikhlasan dan kesungguhan diri.


Soalan: Apesal ko nak nasihat aku ni?

Jawapan: Sebelum org lain nasihatkan, better diri sendiri yg nasihatkan dan sedar sendiri.

(terdiam dan membiarkan akal waras membuat keputusan)


**********


Bila baca yang part atas tu, memang kena batang hidung sendiri jugak lah kot. Suruh orang buat baik, tapi diri sendiri pun tak buat. Duhhh.


Alright. Next story, nak cerita pasal kelas lab anatomy. For modul ke-2 anatomi, aku rasa hari ni yang paling best. Sebab tak terikat dengan station histology, station jawab soalan pakai komputer, station main dengan tulang. Hari ni station tengok cadavers, hearts, lungs and ada lah bahagian bahagian yang lain. So, cool gila. Lagi cool kalau kau tahu apa nama benda yang dilabelkan pada benda-benda alah itu.


Lagi satu cool sebab, hari ni mix banyak sikit dengan budak irish. Bukan bersosial tak tentu hala. Tapi lebih banyak berinteraksi lah in terms of discuss benda ni macam mana, benda ni apa, and bla bla. Sebab sangat honest lah, aku rasa level of speaking english aku masih di tahap yang sama sebab pergi kelas, bukan pergi sembang dengan mat and minah irish pun. Pergi lab pun, just cakap sikit-sikit je dengan tablemates irish aku. So, macam tiada peningkatan. (paling best hari ni aku ajar eanna yang comel tu pasal branches of coronary arteries, LOLLLSS)


Oh, lagi satu benda nak cerita. Kat lab kitorang tu ada empat demostrator. Amgad and Ahmed tu Islam. Pastu Robin, yang ni comelll, hahaha and dia suka buat style nak naikkan rambut perang dia ke atas. Lagi satu Sobhia, dia perempuan, not sure muslim atau tak. And yang macam kelakarnya bagi aku, kitorang tak perlu panggil diorang "sir" ke "madam" ke "dr" ke. Panggil nama je. "Amgad," "Ahmed", "Robin", "Sobhia". So, cool sangat ke kurang adab ke aku tak pasti. Tapi benda tu macam benda biasa je kot.


Imagine pelajar-pelajar kat malaysia panggil cikgu diorang dengan nama? Mahu kena penampor.


Seblogpost, Sepotong Ayat Quran




"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." Surah An Nur Ayat 35


Sekian, wassalam.

3 comments:

ainthanish mom said...

ala doe..dun worry la...diorg mmg akan masuk balik duit tu....

ko tnye tak brp lama diorg amik masa utk creditkan balik duit tu?selalunye makan minggu gak...

ko leh apply credit card ker?

AreHadi82 said...

Ain, ko cer la tanya Emirates tuh, ko bgtau la, aku yg akan byr flight ticket ko, some more, diorg dh charge pun kad kredit aku...
Nanti aku declare la kat Emirates pasal hal ni...
Sayang la EUR150 ko tuh...Aku plak yg syg...

Norain Ishak said...

along, dia cakap depends dekat emirates irish department la. next monday aku call lagi diorang. oh aku tak buat kredit kad kot, but visa debit card.

angah, bukan soal kau yg konfirmkan ke tidak, dia soal pemegang kad krdit tu must be one of the passengers. kalo aku rebook, penalti 200euro. sayang 150 euro or 350 euro.