Wednesday, January 4, 2012

Kenapa Anda Diuji? And So What?


Assalamualaikum.


Kenapa manusia diuji? Kejap eh nak carik ayat Quran yang related. Maklumlah tak hafaz Quran.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" Al Ankabut Ayat 2.

Nak letak jugak lah translation dalam englishnya.

"Do men think that they will be left alone on saying, "We believe", and that they will not be tested?"


Ujian itu ada macam macam cabangnya. Dan salah satu cabang ujian ialah kita diuji dengan ketiadaan sesuatu perkara. Perkara itu maknanya sangat subjektif. Boleh jadi, perkara itu adalah wang ringgit. Orang yang sangat daif, baginya ujian tidak punya wang mencukupi untuk menyara hidup. Boleh jadi juga, perkara itu adalah ilmu biologi. Orang yang pelajar biologi, bila masa exam biologi, itu ujian baginya.


Hari ini aku melihat perkara itu sebagai skills atau bahasa melayunya kemahiran. Kita diuji apabila kita dipertanggungjawabkan tugas yang memerlukan kemahiran yang kita tidak ada. Tak kisahlah apa apa jua jenis kemahiran ataupun skill, bila kita tiada skills atau kurang mahir, jadi pabila kita hendak melaksanakan tanggungjawab, ianya merupakan sebuah cabaran bagi kita.


Contoh, Aiman dipertanggungjawabkan untuk jadi setiausaha rumah sukan, tapi skill menulis, tatabahasa dia memang lemah gila. Tapi takkan nak lari dari tanggungjawab itu, dari ujian itu. Ni satu ayat Quran pengubat yang aku rasa agak power jugak nak merawat jiwa ni yang shivering ini.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)


Jadi, ujian itu diturunkan kepada kita, sebab memang Allah dah bagitahu, kita mampu handle benda tu. So what? Terima dengan hati terbuka! We can do this!


Now, satu point lagi, kenapa Allah bagi ujian tu dekat kita?


Ambil contoh Aiman tu semula. Penulisannya memang lemah, tiba-tiba kena suruh jadi setiausaha. Barangkali Allah mahu Aiman ini improve dari segi kemahiran menulisnya, jadi Allah takdirkan dia dilantik sebagai setiausaha, dan dengan cara itu Aiman ni akan berusaha improvekan cara dia menulis dan seterusnya jadi setiausaha yang baik masa kini dan hadapan. Barangkali dia mungkin boleh menulis buku suatu hari dan bukunya bakal memberi manfaat kepada ramai orang.


Jadi sama konsepnya masa kat ky, ada quiz kecil-kecilan, cikgu bagi kuiz bukan untuk melemahkan kita, tapi supaya kita tahu kelemahan dan perbaiki diri dan mempersiapkan diri untuk exam yang akan datang.


Syukurlah ditimpa ujian, kerana Allah sedang membentuk kita menjadi manusia yang lebih baik, yang lebih berguna pada ummah. Pokok pangkalnya pada kita, sama ada kita menerima ujian itu dengan sabar dan bertindak ataupun terus menerus membiarkan ujian itu menjadi perkara yang melemahkan kita.


"Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. Menuju puncak!"-lagu AF. Percaya Allah sentiasa ada untuk bantu kita. Fikir itu, inshaAllah semua benda jadi mudah, ameen.


Oh wait wait. I'm not finish yet. Google and found this. Lengkap. Jumpa kat blog ini wildantrusaji.tumblr.com


RASA FRUSTASI?
• Surah Al-Imran ayat 139
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Imran ayat 200
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Baqarah ayat 45
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',"

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
• Surah At-Taubah ayat 111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka."

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
• Surah At-Taubah ayat 129
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
• Surah Yusuf ayat 87
"dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
Surah An-Nisaa' ayat 86
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allahmemperhitungkan segala sesuatu."



Tepuk dada, tanya iman. Sekian, wassalam.


ps: penulis sedang diuji kemahiran dia tidak punyai. doakan dia sukses.

2 comments:

AreHadi82 said...

Ain,
Aku sedang diuji Allah sekarang ni...
Aku sgt2 perlukan mental stabilization skrg...
Doakan aku ok k... :-)

Ateey said...

Suke ayat 'jgn berputus asa dr rahmat allah'