Monday, January 2, 2012

Jzkk and Tq

Assalamualaikum.


Hari ni, takde lah nak share apa sangat pun, cuma nak ketengahkan term "terima kasih" dengan "jazakallah khairan kathira" atau short-form-nya jzkk. Jujurnya dulu aku rasa agak macam err ewwww or annoyed or cam poyo bila orang guna jzkk. Itu dulu lah. Zaman kurang pencerahan. Sekarang ni, sedang berusaha mencari-cari cahaya-Nya.


Tapi bila dah selalu kedengaran orang menyebut "jazakallah khairan kathira a.k.a jzkk", rasa macam best dan addicted pulak nak guna. Ahhh poyolah ain, nak "jzkk" pulak, guna "terima kasih" sudah. Ucapan "terima kasih" itu indah tanda kita menghargai pertolongan orang, tanda kita memberi kasih pada orang yang memberi pertolongan, eh macam tu ke? Hehs. Dan orang akan jawab "sama-sama", maknanya orang yang memberi pertolongan memberi kasih juga kepada orang yang memerlukan pertolongan. Ok, ayat pening.


Tapi, "jazakallah khairan kathira a.k.a jzkk", pengertian dia lebih indah mungkin? Makna jzkk ialah semoga Allah memberi kamu kebaikan yang banyak. Dan jawabnya "waiyaki" yang tak silap aku maksudnya, kepada kamu juga. So, nampak tak bezanya ''terima kasih'' dengan ''jzkk''.


Penggunaan "jazakallah khairan kathira a.k.a jzkk" bukan sebab nak tunjuk kononnya kita budak usrah ke budak surau ke apa, tapi mengajar kita untuk mendoakan orang lain. Ya lah kalau kita lihat makna jzkk, semoga Allah memberi kamu kebaikan yang banyak, kalau kita benar-benar menghayati kalimah ini masa melafazkannya ataupun menaipnya sebagai jzkk di facebook ke emel ke, ia dapat mengeratkan lagi ukhuwah saudara seislam sebab kita mendoakan antara satu sama lain. Faham tak?


Ya, aku rasa ada kepeningan di situ. Tapi aku percaya para readers ni terdiri daripada golongan bijak pandai yang tangkas memahami apa isi hati aku cuba sampaikan. Hehs.


Oh cerita sampingan. Kajian telah membuktikan, pemberian nasihat menerusi penggunaan sentence yang berisi kata-kata pujian akan mendapat respon terlebih dahulu. Tak percaya? Tengok ni!




Aku and tipah sama-sama post kat wall kawan kami suruh dia study serentak. Dan beliau bertindak memberi respon kepada post aku yang mempunyai unsur unsur pujian. HAHA. Ok, mungkinlah kebetulan. Tapi apa-apa pun, manusia memang suka akan pujian. Jadi bila kita nak menegur, pentinglah ada skills nak menegur or nak membetulkan kesalahan orang lain. First thing first, bagitahu kelebihan and then baru kita bagitahu bahagian mana yang dia boleh improve.


Alright lah, esok start kelas. Cuti winter is over. Takde snow. Huhu. Sekian, wassalam.

6 comments:

Nina Mazlan said...

klu untuk perempuan jadik jazakillah X)

utk lelaki jadik waiyaka (kot) sbb tak penah guna. tp waiyaki utk perempuan. hihi.

klu reramai jazakumullah (ini pon kot jugak). hehs.

lagu utk ain;

jazaki jazaki jazakillahu khairan
walaki walana insyaAllah fil jannah. :)

fifi said...

kadang2, bila orang type waiyaka/waiyaki, aku tend to read it sebijik2. mcm lucu lah pulak bila aku baca wai.ya.ka sorang2, as if aku dlm mood excited. waiyakaa!! haha

hmmm. pelik jugak aku knape org tak taip wa iyyaka / wa iyyaki. tak ke akak musykil?

Nina Mazlan said...

wa tu dan kan? kira cam dankepadakamujuga? heh. biarlah. -.-

tp kau teror arab kan? so klu dah tahu lepas ni kena tulis camtulah. X)

wa iyyaka.

btw norain, sebenarnya nak tambah lg 1. lupa pulak td. haa, ena baru dpt pengisian pasal JZKK nih. hihi. selalunya org tulis jazakillah jek. ada akhwat sorg ni cakap, jazakillah ni mcm semoga Allah berikan kamu. tp berikan apa? so better tambah khairan [kebaikan] supaya lengkap maksudnya. hihi. ^^

ohh i love this entri ok. :)

Norain Ishak said...

erna, jzkk atas pemberitahuan tersebut.

fifi, tak pulak aku musykil pasal tu.hehs.

erna, yup yup, jadi sebut penuh lah kan.

fiwfiw said...

takde lah terel mane.. isy kak ena ni, tak perlu la puji fifi lebih2, wahaha~

kak rain, i is like this post much2. =D

Norain Ishak said...

fiwfiw, sumpah gedik gila nama.sekian.