Saturday, January 7, 2012

Gula Yang Hilang


Assalamualaikum.


Hari ni saya berjaya express kan something yang saya rasa sejak habis cuti winter. Express apa? Oh sebenarnya tadi baru selesai Quranic Circle. Last time kami ber-QC masa awal bulan disember tu kot. So, kiranya macam dah lama gak lah tak gather dengan kak Adilah, ngan roomate, ngan jiran bawah, and hari ni ada sahabat dari VicLodge pun datang, saudari te-en.


Dulu, saya rasa macam "ek eleh" kalau orang kata rindu nak ber-usrah. Dengar term usrah pun macam nak mengelak je.  Ala sama lah time saya rasa macam "eewww" bila orang guna kalimah JZKK sebagai ganti terima kasih. Tapi, sebenarnya ianya bukan lah sesuatu yang poyo. Once benda tu macam dah jadi rutin mingguan, rasa macam benda tu memang kena ada dalam check list to make your life more complete. Faham ke?


So, after tadabur Quran, ada sesi sharing apa yang kami dapat lah masa cuti winter. And saya share pasal kata Syekh Aq Syamsudin selepas Al-Fateh bagitahu kemenangan pada gurunya itu.


“Walaupun pada hari ini engkau telah mencapai kejayaan paling besar dalam sejarah, engkau akan dipuji sepanjang sejarah, namun biarlah aku satu-satunya manusia yang sentiasa mengingatkan engkau bahawa engkau hanyalah hamba Allah S.W.T.”


And perkara lain yang saya expresskan adalah pasal my overall feeling after balik dari jalan-jalan masa winter. Saya rasa kosong sebab macam dah lama tak ber-ohana a.k.a ber-usrah dan dah lama tak ber-quranic-circle. Rasa kosong meskipun saya ke PUISI. Tapi saya rasa punca rasa kosong sebab dah lama tak baca surat cinta dari Allah, dah lama tak baca matsurat. Bertambah rasa kosong bila terlebih melayari internet untuk tujuan yang tak memberi faedah. Agak buang masa dengan sia-sia disitu.


Bukan mengaibkan diri sendiri, sekadar perkongsian perasaan. Ada kalanya kita begitu semangat untuk memantapkan ibadah, dan ada kalanya kita terleka lalu semangat untuk meningkatkan kualiti ibadah terkubur begitu sahaja. Bangun subuh lepas cuti winter ni pun liat, nak baca Quran pun liat, means that macam ada satu benda yang hilang. Dan apakah yang hilang itu?


Hilang kemanisan beribadah. Manisnya itu harus dicari, dan saya harus mencarinya semula. Amat rugilah kalau terus-terusan membiarkan manis itu pergi begitu saja.


Apa-apa pun syukur, sebab Allah menimbulkan "perasaan kosong" ini daripada perasaan "takde perasaan" bila diri jauh dari rutin seorang Muslim berkualiti.


Bertambah seronoknya hari ni, bila dapat cenderahati dari akak QC beserta ayat-ayat Quran yang kita sedia maklum, mempunyai makna yang besar.


Surah Al- Anfaal 8:29

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.


Surah Al- An'aam 6:32

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?


Surah Al- Kahfi 18:10

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".


Surah Ibrahim 14:7

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


Surah Asy-Syu'araa' 26: 217-219

Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.


What else I can say? Sesungguhnya ayat-ayat cinta dari Allah itulah pengubat hati manusia. Sekian, carilah kemanisan dalam beribadah kepada Allah. Wassalam.

2 comments:

syakirah said...

assalamualaikum ain :)
hehe..kalau nmpk 'galway' kat feedgit, kira la tu :D
i once felt that feeling too.rasa sgt gelisah..tp,what motivates me is surat2 cinta dr Allah..ie,AQ..<3 lg2 bila kite bukak je 'surat' tu,pop! n automatically ayat manis yg mengena ngan kalbu kite..haiii x tertahan betul keSWEETNESS Allah tu..Dia Maha Mengetahui yg kita nak dtg dekat kat Dia balik..so,Dia hadirkan perasaan kosong tu..Allah x prnh lupakan kita..:))
jom jd better day to day!insyaAllah <3

Norain Ishak said...

syakirah, panjang lebar di situ. anyway, jzkk. semoga kita semua bertambah baik dari hari ke hari. =)