Saturday, December 17, 2011

Harapan Apa Sebenarnya Korang Ini?

Assalamualaikum.


Biarpun beribu halangan mahu umpatan dari sesiapa. Takkan ku membiarkan saja teman semua kata mereka. Tiap hari ku baca satu persatu cita-cita. Mimpi yang terbit dari jiwa berkhayalan di minda. 
Satu harapan membara dan menyala kan menyinari perjalananku. Sejauh langit biru takkan ku berpatah arah. Harapan ku membawa kaki melangkah, melakar rasa kehadirannya kan terpahat namaku di ingatanmu. 
Biar sekuat mana hati menjerit hiba meronta-ronta. Tak ku hanyut dalam lamunan, merintih menitis air mata. Harus ku tegar membawa, harapan ini ke alam nyata. Agar bisa ku raih angan dan sejuta impian. 
Harapan yang tersimpan kian lama menghimpun segala pengorbanan. Suka duka ku jalani, dengan tabah tiada putus asa. 


Siapa yang tak pernah tahu lagu ni, mesti ingat aku ni pandai sangat bermadah berpuisi bagai. Padahal ini lirik lagu Satu Harapan nyanyian Jaclyn Victor. Lagu ni famous masa aku form 5 kat MRSM Taiping dulu a.k.a MARESMART TERBILANG!


Of course lah aku ingat lagu ni sebab masa tu kiranya lagu ni macam lagu pembakar semangat lah. Ya lah, sekolah asrama kadang-kadang tension, so bila dengar lagu ni bersemangat waja gila lah menghadapi segala dugaan dan rintangan untuk capai straight A untuk SPM.


Paling tak boleh bla, masa pergi perpustakaan or also known as PSP, pergi guna PC yang besar gedabak tu and then cari lirik lagu ni. Siap salin guna tangan laju-laju taknak member tahu aku tengah buat apa. Pastu balik cube, tulis cantik-cantik and then tampal kat dinding kayu antara cube tu. Huuuuuuuuuu sangat memori lah weyh!


And tadi masa tengok tengok video kat youtube, ternampak lagu ni. Apa lagi, sangat flash back memory lah. Flash back memory tu satu hal, satu hal lagi, apa beza harapan masa aku form 5 tahun 2008 dengan harapan aku sekarang budak first year medicine 2011?


Adakah harapan aku just nak grad dengan first class honours degree je? And adakah itu harapan korang jugak? Means that nak grad dengan jayanya? Kalau itu je lah harapan kita, rugi lah, sangat rugi. Kat cork ni, baru aku sedar, harapan dalam hidup kita bukan just nak berjaya dalam akademik je, tapi juga sebenarnya as a Muslim, kita ni ada misi lain yakni misi untuk menegakkan agama Allah.





Ayat cliche aku dulu aku kata, dengan jadi doktor, dapat meramaikan profesional Muslim. Okey itu bagus sebab dapat menaikkan nama Islam, tapi adakah dengan meramaikan golongan profesional Muslim mampu menegakkan Islam? Persoalannya, golongan profesional Muslim macamana yang kita nak jadi?


Aku nak memetik kata-kata ustaz hasrizal, "erti hidup pada yang memberi". Memang dengan 'memberi' barulah kita dapat rasa nikmat hidup ni. Perkataan "memberi" itu tergantung. Tapi kita assume memberi sesuatu yang baik lah. Kita boleh beri sedekah, beri pertolongan dan juga beri ilmu. Okey lah, term 'beri ilmu' tu macam awkward, sampaikan ilmu. Sampaikan ilmu?


Ermmm bagaimana dengan sampaikan ilmu atau info untuk memperbaiki diri sendiri dan diri orang lain? Or dalam erti kata lain, berdakwah? Dakwah itu pula ada jenis kan, dakwah dengan lisan, dan dakwah menerusi perbuatan. Aduhai, ni kalau close friend aku baca entry ni, mesti terfikir, "OMG, sejak bila ain pandai cakap pasal dakwah ni? This is totally not her,".


Manusia itu fitrahnya memang sentiasa nak perbaiki diri. Jadi, aku rasa disamping memperbaiki diri sendiri ke arah Muslim sebenar benar Muslim, mengapa tak menggunakan peluang untuk memperbaiki diri orang lain pada masa yang sama. Meskipun ilmu pun tak banyak, tapi kita masih boleh terus berusaha untuk tambah ilmu tu kan?


Before ni, aku selalu cakap, aku 'tercampak' dekat cork ni padahal Allah Maha Mengetahui kenapa Dia letak aku kat cork ni, bukan untuk saja-saja, tapi ada sebabnya. And hikmah lain, aku dapat straight A dalam A-level bukan bererti aku pandai dalam studies, tapi itu kurniaan dari Allah yang membolehkan aku ditakdirkan dapat melanjutkan pelajaran ke cork ini and diberi peluang untuk lebih dekat dengan Dia.


Mungkin kalau aku di Malaysia, aku tak dapat peluang untuk buat bulatan gembira untuk tambah ilmu perbaiki diri. Mungkin orang akan kata, dah aku tak carik cara nak dekatkan diri dengan Allah, memanglah tak jumpa. Mungkin ada betulnya, sebab bila kat cork ni, Alhamdulillah, banyak gila peluang Allah bagi kat aku. Itulah nikmat sebenarnya, bukan semata-mata nikmat rasa udara sejuk, nikmat main snow(heheh cork tak snow punnn duhh)


Tertarik dengan entry erna,




Percayalah, semua yang Allah bagi kat kita, itulah yang terbaik.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ‘an dinik…
“Ya Allah yang berkuasa membolak-balik hati, tetapkanlah pendirianku pada ajaran-Mu.”.

Aku duk bebel panjang lebar, kesimpulan aku mengenai harapan ialah jadilah profesional Muslim yang mampu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan bukan sekadar bercita-cita untuk diri sendiri je jadi baik, tapi turut mengheret orang lain jadi baik jugak.


Okeylah, kalau ada silap mana-mana, maap lah yer. Sekian, wassalam.

1 comment:

AreHadi82 said...

Suka kata2 erna, betulla apa yg erna tulis... salunya manusia lupa Allah bila dia senang...