Wednesday, December 21, 2011

Bersenam Di Dalam Negara

Assalamualaikum.


Hoho. Jalan sakan hari ini. Walaupun aku tak termasuk dalam golongan rakan taulan yang mengembara jauh ke bumi andalusia, jalan jalan di dublin pun kira syukur Alhamdulillah kan. Tu lah, andaikata budak budak yang pergi spain tetiba terbaca entry aku hari ni, boleh lah ya pos souvenirs anda pada saya. Ahah.


Aku tidak keseorangan. Ditemani dengan tuan rumah tempat aku sedang mendiami sementara ke Akademi Al-Fateh a.ka. PUISI di UCD Belfied, yakni saudari Ummu Safiyah. Kakakda-kakakda aku mungkin tertanya gerangan gadis manakah yang aku sedang lepak bersama, gambar beliau ada di bawah sana.


Lepas zuhur, gerak pergi city centre sebab nak pergi farmasi beli ubat batuk. Dah beli but tak makan lagi. Harap batuk cepat pulih sebab taknak lah nanti lembik lembik masa gi PUISI. And then jalan jalan kejap, kejap je lah sebab aku tengah berjimat cermat sebenornya, kalau tak dalam hati nak je masuk kedai baju, beli baju bagai semua. And then lapar.


Lalu, Ummu membawa aku ke kedai makan. Kedai makan ni, sumpah awesome gila. Kau boleh makan apa sahaja dengan bayar euro 6.50. Banyak gila makanan. Memang bestt! Siap boleh tambah tambah lagi makanan. Memang awesome ah kan?


Tengok tu, all you can eat!! Ada pelbagai kot. India, China, Thai, Jepun, Itali.


Sebelum.


Selepas.


And then dah makan, solat jap. And then barulah pengembaraan bermula. Ceh, poyo habis. Dalam Dublin je pun. Duh. Aku dari cork lagi teringin benor nak pergi winter wonderland. Nak tengok apabenda lah yang ada kat situ. Ummu pun tak tahu kat mana. Aku pulak just depends kat GPS handphone plus aku dah buat research lah nak naik bas apa semua.


So, naik bas turun bas, jalan sikit jumpa Irish Modern Museum Art. Memang betul dah lah hala tuju kitorang. Sebab winter wonderland tu just sebelah muzium tuh.


Inilah muziumnya.


Jalan punya jalan sekali jumpa satu taman. Taman yang agak awesome. Namanya taman formal ke apa entah dalam bahasa omputih. Tapi yang pasti ada word formal. Memang formal lah!


Macam maze pun ada.


Kerusi kerusi ini pun disusun dengan penuh comel and formal.


Oh kalau gambar ini ditangkap guna DSLR, sudah pasti kelihatan lebih awesome.


Itulah dia saudari Ummu Safiyah.



Next, oh taman yang formal ni pun sebelah dengan winter wonderland juga. So, after merayap dalam taman ni, pergi lah winter wonderland tu. Oh macam fun fair lah sebenornya. Banyak gila mainan. Kalau aku pergi zaman kanak kanak ribena, mungkin aku akan geram tengok banyak teddy bear and game kuda kuda kat situ.


Ummu di pintu gerbang.


Kenangan dengan Pak Santa.


Ummu dengan Pak Santa.


Dinasor zaman 2011.


Kat belakang tu ekor dinasor.


Ummu dengan mat salleh yang tak dikenali.


Nampak tak lantai tu putih. Ceh, bajet cam jalan atas salji pulak. Btw, awan cantik.


Ummu jadi model winter wonderland tak berbayar lagi.


Benda ni pun macam cool. Tapi nak masuk kena bayar.


So, itu je lah kot benda nak diceritakan. Walaupun tak merantau jauh, anggap je lah jalan kat mana mana pun, anggaplah itu senaman. Senaman untuk sihatkan badan, itukan ibadah.


Okey kat bawah ni ada lah video video sesikit. Hehe. Abaikan suara aku yang kurang merdu ye. Tapi suara aku luar video sebenarnya merdu. Ahah.







Sekian, wassalam.


ps: terima kasih saudari ummu kerana sudi meminjamkan laptop beliau dikala beliau sedang khusyuk menonton cerita korea ke apa entah.hehe ;)




2 comments:

AreHadi82 said...

Best doe jenjalan... Just to inform you, this sabtu malam, nak buat makan2 skit kat umah, sempena besde mak arituh... Bz doe arituh, xsempat nak celeb. Skrg kat Malaysia kul 7.03 pagi... ok la, nak gerak gi kerje skrg... :-)

Keretapi said...

akak, best gilaaa! untunglah dapat belajar kat luar negara. saya nakkkk sangat. cuma taknak ambik medic jelah, ehehe. seriously, best gila and jeles gila T___T