Saturday, December 31, 2011

2012 : You Just Gotta Ignite The Light And Let It Shine

Assalamualaikum.


Tahun baru datang lagi! Apa azam tahun baru? Hehs. Aku selak entry lama aku. Sengaja nak tengok apa lah azam aku untuk tahun 2011. And meh aku review sendiri azam aku tuh.


1. Nak kurangkan aktiviti lagha.

Ermm macam banyak je. Kadang tu buat benda bermanfaat, tapi selalu tak istiqamah. So, bab istiqamah ni kena diperhalusi ya saudari Norain Ishak. Kena kuatkan hati lah untuk konsisten buat benda baik. Jangan mudah bosan buat benda baik. Takkan boring dapat ganjaran dari Allah kot?


2. Nak rajin study.

Yang ni rasanya okeylah kot. But, tak boleh deny lah ada masa malas nak study kan. Kena sentiasa motivate diri dengan visualise tentang apa sebenarnya yang aku nak achieve. Nak grad dengan first class honours? (Nak kahwin dengan lelaki soleh and dapat anak soleh and solehah?) Nak bawak mak ayah pergi umrah? Nak ada rumah selesa and kereta honda CRV sebijik? Nak bukak pusat motivasi?


3. Nak jadi disiplin ikut plan yang dirancang.

Kadang plan, kadang tu jadi, kadang tu tak jadi. Tak jadi kadang sebab ada unexpected thing happen tapi rasanya banyak tak jadi sebab plan exceed kemampuan diri untuk buat something. Contoh, bajet nak study 10 topik dalam satu hari, itu gila! Kena pandai arrange masa betul betul. Takkan nak menyesal kemudian hari pulak.


So, itu lah azam 2011 dan reviewnya. So, apa azam 2012? Sama jugaklah seperti azam 2011, tapi mungkin ada pertambahan untuk membina karekter diri menjadi mukmin berjaya. 2012 bagi aku sangat besar maknanya. Sebab bermulalah sebuah perjalanan di mana aku bukan sahaja menerima dan menerima tapi perlu belajar untuk menjadikan diri bermanfaat untuk masyarakat. Kerana bak kata ustaz Hasrizal, erti hidup kan pada yang memberi?


Cuti winter aku isytiharkan tamat pada malam ini. Esok 1 Januari 2012, bermulalah semula kehidupan sebagai  pelajar first year medic yang menjadikan setiap perkara berfaedah itu sebagai ibadah kerana Allah dan juga belajar untuk menyumbang pada masyarakat. Doakan agar diberi kekuatan agar diri ini sentiasa dapat memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah.


Walaupun ada masa terfikir perlukah aku memberi? Tapi bila ingat balik kata Ustaz Hasrizal, rasa memang ada benarnya. Dengan memberi, kita dapat sebuah kegembiraan yang hanya tukang beri je tahu rasanya. Kalau tak rasa gembira selepas memberi, maknanya kena filter semula nilai keikhlasan masa memberi. Ingatlah, memberi semata-mata kerana Allah s.w.t.


Gambar januari 2011 kat meja study kyuem.


Nak letak lah sikit bait-bait lirik.


Segenggam Tabah by In-Team ;
Segenggam tabah dipertahankan buat bekalan di perjalanan. Kau bebat luka yang berdarah. Kau balut hati yang calar..

Mahabbah by Rabbani ;
Rela diuji asalkan kasih bersemi. Biarlah derita pengubat kasih sayangNya. Itulah...Tajalli (manisfestasi)...cintakan Allah. Kembali...kembali...kembalilah...pada Allah. Mahabbah (kasih sayang) ...Mahabbah...Mahabbatullah.

Titik Ajaib by Saujana ;
Susurilah jalan-jalan kehidupan bertemankan suria nan indah. Renangilah gelora di lautan dengan kesabaran kelak kau kan tiba. Dakilah gunung yang tinggi untuk mencapai cita-citamu. Gapailah bintang yang kerlip untuk menerangi hatimu yang kecil ini.

Kadang tu susah nak carik lagu omputih yang lirik dia bagi aku macam meaningful sikit. Tapi ada satu lagu omputih yang aku agak suka lirik dia, lagu Firework. Orang mungkin la akan kata lagu ni macam nak berparty, tapi depend macamana kita interpret lirik dia.
'Cause baby, you're a firework. Come on, show 'em what you're worth. Make 'em go, oh. As you shoot across the sky. Baby, you're a firework. Come on, let your colors burst. Make 'em go, oh. You're gonna leave 'em falling down. You don't have to feel like a waste of space. You're original, cannot be replaced. If you only knew what the future holds after a hurricane comes a rainbow.

Alright lah, itu je. Sekian, wassalam.

3 comments:

Hafizuddin said...

gud luck2...hehe

Anonymous said...

Assalam.

So, as a medical student, how many chapters do you afford in a day?
Just want to know.

insyaAllah, dietitian-to-be. =)
Jazakillah.

Norain Ishak said...

Anonymous,

The most important thing is to be consistent with our revision and thus it doesnt matter how many chapters we are able to cover in a day. Besides that, planning is also important so that we are sure that we can finish cover all the topics before exam. :)