Wednesday, August 24, 2011

Yayasan UEM kena promot KYUEM kat tv lah

Assalamualaikum.

Hari ni ada pre-departure briefing kat HQ Mara. Budak KY yang full course 6 orang je, tambah dengan Taemin yang twinning pmc-dublin, jadi tujuh orang. Budak kmb acms dengan budak aucms takyah cakap lah, lagi ramai. So, kami budak KY rasa agak terpinggir di situ. Hoho.

So, adalah terjumpa dengan budak-budak taiping, classmate kelas 12 dulu si Anis Suriani, pastu budak kelas sepuluh Sofia, pastu jumpa dengan rakan blogger, Yanti, heh, first time lah bertemu secara live. So far, at this stage, aku rasa semua masih dengan semangat ke-kolej-an masing-masing. Takde lah pulak budak kmb acms, aucms and ky mix tadi. Later, kat Ireland nanti, mesti lah mix tu kan.

Pastu Encik Kamis Mahawi pun ada. Tak silap aku, aku add beliau kat facebook before aku masuk ky lagi sebab masa tu berangan nak pergi Ireland la. Pastu rezeki, jumpa live jugak dengan beliau tadi. Beliau ada lah berpesan; suruh konsisten study, and then ingatkan kawan-kawan kalau nampak kawan-kawan macam dah jadi malas belajar semua.

So, tipah, since kat KY kau selalu pesan kat skype suruh study and kiasu, so, kat Cork nanti, keep on reminding me to study, okey?

Pastu ada Encik Khaizan. Last time jumpa beliau masa register KY. Waktu kitorang cakap, kitorang budak KY, Encik Khaizan kata " Aaa saya pernah jaga student KY dulu,". Rasa gembira sikit hati sebab  ada jugak orang sedar kewujudan KY di muka bumi ni. Eh, aku rasa Yayasan UEM kena promot KYUEM kat tv lah!

Encik Khaizan just explain pasal conversion loan, pastu suruh jangan stop sampai MBBS je sebab budak MBBS dah berlambak. Pergi buat specialist, pastu sub-specialist. For now, aku just ingat nak specialist in family medicine, tapi tengok lah nanti after five years, after dah buat housemanship, time tu kot boleh decide nak major in apa.

Lagi apa eh? Jap ambik note book jap. Jap jap.

Oh ya, Encik Khaizan pun sepemikiran dengan aku, yakni, MAKAN SEGALA FAST FOOD KAT MALAYSIA SEBAB KAT IRELAND TAKUT TAK HALAL. So, aku dalam proses melistkan produk fast food yang ingin dijamah before merantau. Any suggestion?

Pastu ada taklimat penerbangan pelajar, pegawai MAS tu suruh datang  4 or 5 jam lebih awal. Pastu dia pesan, make sure kita tahu apa segela benda yang kita letak dalam bagasi. Kot-kot pegawai imigresen tanya, takde lah kita panik and dianggap bersalah. Kitorang probably naik flight from KL to London and then transit kat situ before naik Air Lingus ke Cork.

Pastu ada wakil from institusi. Cerita pasal apa nak bawak and bla bla. Alaa most of korang dah pernah pergi pre-dept camp kan, so sama je isi dia. Dia ada pesan, for the first few days and week, pergi beli map and jalan-jalan around the city, make new friends, check bas schedules and special fares and paling penting register dengan embassy okey. And another important thing, sila lah fotostat dokumen-dokumen penting. What documents? Fotostat je lah apa-apa!

Dia ada jugak bagi tips finance. Open bank account a.s.a.p. 2 accounts for fund managements. Safe deposit locker, aaa ni blur sikit. Buy things on a need basis. Beli barang masa sales or kat second hand shops. Don't duplicate buys barang-barang keperluan rumah such as detergents, share cost with housemate and provide money for social activities.

So, aku rasa tu je laa benda penting kalau nak cerita pun.

Hari ni lega sikit lah sebab dah hantar agreements mara tu. Sangat lega, okey? Cuma dokumen dengan UCC tak settle lagi, harap Allah permudahkan urusan. 

Okey lah sisters and bros, selamat berpuasa. Sekian, wassalam.

6 comments:

Juy said...

ada org nama Taemin ke??hehe.btw,blog cantik sgt! :D

Norain Ishak said...

piya, haha.saje.penat dah jadi putih.

ju, taemin tu natasha yasmin.

Juy said...

ohh yeke.ni mesti kes minat taemin ni.bila fly?

latifah said...

woot2..ade pesanan penaja la..hehe..iA..kau pon sme la..igt mengingati tu kn bgs..eh, cmne wt thumbnail 'n' dkt blog kau?

Norain Ishak said...

ju, haha.11 sept kot.

tiepah, pergi dekat design, kan ada favicon.

Cik Tikah said...

bestnya!!